**********************
Apapun SKCJ tetap boleh berbangga dengan dua pingat emas 24k sumbangan 2 orang atlet
Tapi yang lebih bangga mak pak budak-budak ni la...sebab kedua-dua atlet tersebut mai dari ibu dan bapak yang sama. Senang cerita dua beradik la... agaknya mak dan bapak depa dulu pun wakil lontaq peluru jugak apa? Kalau tengok kepada saiz tu...memang keturunan baka baik-baik belaka...Tak macam aku, saiz ayam katik ( comel apa? up diri seniri...hahaha) dulu masa sekolah dan kat kolej depa panggil aku bongsai...hampehh betoi. Bonsai gemuk pendek...aku mana ada!!! Sebongsai2 and sekatik2 aku, aku atlet sekolah and kolej tauuuu...kalau habaq acara lagi hampa semua tak pecaya. Malas nak cerita aih...1.60m kira tinggi la tu... Eh..dah terhabaq pun.. Sekali tu jer la aku dapat pinggat. Masa tu aku dalam form 3.. itu semua dah jadi sejarah
************************
Yang kalah dah tetap kalah...cuma ada satu yang tak kalah kalau masuk ke padang. Tapi hat ni tak termasuk dalam kategori acara budak. Yang ni acara khas untuk kaum cheqhegu setiap sekolah. Kalau tengok dalam khemah budak-budak, yang pasti dan semestinya wajibla, para cheqhegu dok berhidang lawan makan.
Macam-macam menu ada disediakan. Yang bestnya semua menu tu kurang menyihatkan. Ada sekolah yang ramai cheqhegu tu, dah macam kenduri kesyukuran pun ada... budak-budak tengok pun naik heran...Mai sukan ka mai makan kenduri. Ah! tak kisahlah. Yang syoknya pelbagai juadah disediakan . Macam nak berbuka posa la pulak. masuk waktu saja semua dok bersila menjamu selera sambil berbual mesra.Maklumla dapat makan free. Masa ni la...nak tayang kemesraan cikgu antara sekolah. Maka pakat lawan bergelak terbahak2...lambang kebahagian...naik senak perut gelak bercampuq dengan senak perut makan cicah garam belacan sama rasa saja. Yang lecehnya...takdan nak perabih garam belacan dah nak kena panggil sambung tugas bagi hadiah.
**********************
Dengan jari-jemari beraroma belacan kami pun melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Kalau budak-budak tercium tangan mau termuntah depa...hihihi...bukan selalu boleh buat macam ni...
*******************
Cukupla sampai takat ni. Tahniahlah kepada sekolah yang berjaya...See You, next year!!!. Tahun depan SKCJ kasi GEGARRRR!!!! ( lontaq peluru lagi...)
jumpa lagi dilain entri...Tata....
Assalamualaikum.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan