AHLI PERSATUAN

Khamis, 23 Disember 2010

REALITI DIA.... SEORANG GURU DI SKCJ...

Salam.... 
Sekali- sekala teringin jugak berkongsi suka duka bergelar cikgu diruangan ini, jika ada anak muridku yang membaca entri ini.....itulah perasaan setiap guru di setiap sekolah...
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...



Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Rekod Kedatangan  Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi menangkap ikan, bawa 'kobota', tolong ayah jual di pasar atau malas dok lena di rumah saja. Cikgu pun menyusul ke rumah anak murid yang masih berselimut untuk memujuk anak murid datang  ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Selebihnya terkebil-kebil buat muka tak bersalah. Dalam hati guru , hanya tuhan tahu . Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Tak dan nak buat". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Esoknya ibu dan bapa murid datang ke sekolah mencari cikgu itu... Cikgu dimaki dan dihina kerana memandai2 mengajar anak mereka... niat sebenar guru tiada siapa yang tahu. Sabarlah cikgu...

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Fail panitia kena kemas kini, Kertas kerja program kecemerlangan untuk anak murid perlu disiapkan segera, buku latihan perlu disemak...Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Sabar la cikgu...


Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".
Apabila keputusan UPSR diumumkan .....kejayaan saya adalah hasil usaha saya yang bersungguh2 dan menghadiri tuisyen berbayar.... jasa guru di sekolah terkadang dilupakan. Terharu dan sebak jika mendengar apabila ditanya petua kejayaan anak murid, jawapannya"  Syukur ke hadrat Illahi kerana kejayaan saya adalah berkat  tunjuk ajar guru-guru di sekolah dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Selain itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang". Cikgu tidak minta jasanya dibalas. Cukup ucapan terima kasih dan mencium tangan tanda berterima kasih  Namun cikgu tetap menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan.
Kudrat cikgu sesen pun tidak minta dibalas apa lagi diharap ganjaran. Keikhlasan guru mendidik hanya Allah yang membalasnya.
Tahniah kepada anak-anak muridku yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010. Biarpun SKCJ hanya sekolah diluar bandar yang serba kekurangan tapi anak muridku berjaya membuktikan kekurangan itu bukan penghalang untuk mencipta sebuah sejarah buat SKCJ.
Semoga anak muridku akan terus berjaya di dunia dan di akhirat. Tiada apa yang paling menggembirakan hati seseorang guru selain melihat anak murid berjaya menjadi manusia yang sempurna.

Semoga anak-anak muridku semua tahu perasaan dan susah payahnya seorang guru dalam  mendidik mereka menjadi insan yang sempurna.
"Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan
dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta..."

30 PERKARA YANG TAK SEMPAT WANITA BERITAHU LELAKI...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan- lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,luk isan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Ke mudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
.
27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik 
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Rabu, 22 Disember 2010

ALA LALA LATOK ....TOLONG JANGAN SAMAN!!!

Tolong ke tepi..
Ala lala latuk
Ala lala la tok
Tolong jangan saman

Mana boleh tak saman
pandu kereta macam setan
orang lain pun guna jalan
tapi ikut peraturan...

Salam...
Pernah dengaq dak lagu di ataih?. Alah.... yg pernah popule awal 90an kot. Kalau tak silap nyanyian Rampa atau Poe...sedap jugak la lirik dia...memang kena la pada sapa2 yg suka buat loqlaq kat jalanraya... Cerita bab undang2 jalan raya ni memang akan kena mengena dengan kita semua. Tak kira la hang bawa moto ka, jalan kaki ka, bawa keta ka, bawa lori ka atau tumpang keta orang pun kita dikira pengguna jalan raya.
Disekolah la ni ada diajar tentang pendidikan Keselamatan Jalanraya atau ringkasnya PKJR. Kalau nak cita bab PKJR ni mmg panjang la entri aku kali ni... so, hat tu kita cita hari len.

Selalunya kesalahan jalan raya yang koman2 orang buat ialah bawa lebih had laju, potong dabel line, tak pakai tali pinggan/ topi dan langgaq lampu isyarat. Hat tu sangat besa kita lakukan... Bab bawa lebih had laju tu, aku pun buat. Dah berapa banyak Surat Cinta aku simpan. Sampai masa nak renew roadtax baru gelabah...takut tersangkut. Nak buat macam mana tak sedaq pun had laju kawasan tu... tau-tau dah ada paparanzi yang dok amik gambar....senyum ajer la... nah tunggu saja kiriman rasmi daripadanya...huh!!! biaq pi dah rezeki depa...duit lebih2 tu niat saja sedekah dpt gak pahala.

Dua hari lepas aku keluar pi Alor Setaq. Dari Perlis jalan klea saja....maklumla petang2, santai aja la. Aku sekeluarga konon2 nak pi shoping barang sekolah anak2 kat Tesco. Sebelum sampai Kuala Sungai jer, jalan dah mula jem.... alamak!!! hat ni yang menguji kesabaran nih. Kalau kat KL relax saja, dah besa. Tapi kat sini lain... Tambah2 bila nampak ada keta len yg mula dok cilok sebelah kiri. Orang len pun nak cepat gak...panasss betoi hati nih ni dok perati... Anak2 pula dok cucuh suruh potong jugak...Nasib baik en. Abah boleh sabaq...

Trafik mula tersangkut-sangkut....
Tu dia pencilok yang berjaya ...

Sudah ramai yg mencilok di hadapan...

Depa tu bukan saja buat salah mencilok kiri tapi paling tak guna, depa pakat guna lorong moto. Kesian kat mat2 moto kena mengelak pulak. Kot depa tak reti baca sainbod kot? mustahil pulak.... sah2 ditulis kat jalan tu "Msikal" Besaq pulak tu tulisan dia. 
sebelah kiri tu, lorong motosikal sahaja..

Nampaknya kereta pun nak syer lorong nih...

Terang2 tertulis Lorong Motosikal

Kalau ada 'Pak Datok' kat depan nu....mampuih depa tu... kata en.Abah. Mak encik sebelah sokong saja...
Tiba2 aku nampat kat side miror, keta belakang sebok nak cilok belakang kami...Kat depan ada yang cuba nak cilok masuk. OIC....patut la kalut dok cilok masuk. Hah, amik kau, sorang demi sorang kena 'kuak' ke tepi... Dah kena tahan...
Apa lagi nak buat? Cepat2 pakai tali pinggang. Kelam kabut pakat tarik tali...time2 ni la, tali terlekat. Ahh..selit aje tepi kerusi. Pas tu, buat muka tak dak dosa...pak datuk tak perasan punya....( lakonan hebat satu famili).

Talk To My Hand!!!!


 Bukan main seronok lagi anak-anak aku tengok Pak Datok . Tu la sepadai-pandai tupai melompat...hah sambung la seniri...senang ja peribahasa tu. Masin sungguh mulut en.Abah tadi... habis la sekerat buku depa tulis.
Lorong motosikal tamat di sini.....hahaha! dah kata dah... ada perangkap samar kat depan.


minta autograf yea 'Datuk'.....

Ala....Layan ajer la...peminat nak minta tanda tangan!
Selepas tu....trafik kembali normal...tiada lagi kelibat pencilok .... nasi dah jadi bubuq. Bak kata Omputeh...You get what you give...lebih kurang macam tu la bunyinya. Itu la balasannya kalau selalu menyusahkan orang ramai....agaknya terlalu banyak sangat orang yang dok menyumpah kot.

Apapun, alhamdulillah....perjalanan aku hari tu selamat sampai dan selamat balik sampai ghumah semula....

Sabtu, 18 Disember 2010

DI MANA DIA.... ANAK-ANAK MURIDKU

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang....

Salam.....
Tu dia intro.....Agak lama aku tak tulih  entry baru... dalam hati banyak menda yg nak ditulis tapi otak ni segan la nak pikiaq bait2 ayat utk diketuk pada kebod ni... petang ni aku gagah jugak ( usaha -loghat perlis). Sebenaqnya aku ni dah rasa rindu tahap "cemerlang" dah ni... tu yang terkeluaq lagu siti fairuz tuh... budak2 la kenai ka sapa Siti FAiruz tu? Kita abaikan la yg tu... ikut suka hampa la, kenai ka dak..
Antara anak murid yg pasti aku ingat sampai bila-bila ( Cheq Bret-gelaran utk Anisa yg banyak mulut)



La ni aku nk stori pasai perasaan rindu aku pd anak2 murid.... Dulu2 x pernah sgt aku ada perasaan rindu atau teringat kat anak murid...mungkin faktor umuq kot...( sedaq diri..dah koi tua...huhuhu)
Apa la yg anak2 murid aku lakukan time cuti panjang nih? Budak kampung apa lagi aktiviti depa selain kayuh geret, main aci ligan, polis sentri, dan ronda keliling kampung takpun merayap ghumah kawan sampai senja...paling ganas pun mandi sungai kot? Yang ghajin pulak pakat pi tangkap ikan. PAling sabaq dan punya skil yg tinggi pulak pi mengail...aku tabik hormat betoi la kat org yang ghajin dok mengail ni....sabaq sungguh mengisi masa yg terluang...Apa yang best sgt aku pun tak faham...aku dah cuba buat at last...menguap jer dok tunggu ikan sambaq umpan. Tu la.... fes n las aku mengail...
ish!ish!...tak boring ke ari2 dok tengok ayaq sungai jer?
La ni pula musim angin timur dah mula....pergh!!!! sejuk giler! saheh dah pakat jadi kambing semua. TAkut ayaq nak mandi pagi....seeeejukkkkkk!!! akupun kadang2 mandi lewat gak..hahahha .. takut demam 'kesuma'(selesema- loghat org2 tua perlih). Kalau yg kreatif pulak , pakat buat wau/ layang2....fuh!!! budak2 suni takat buat wau bulan tu...kacang jer... ntah apa lagi nama wau yg depa boleh buat aku pun tak berapa nak hapai... wau kemetek....betoi ka dak aku pun tak pasti...
Wau bulan...ciptaan budak2
Alahai....... dah tak berapa hari nak buka sekolah ni, tak sabaq pulak rasanya nak tulis lesson plan, masuk kelas, sembang2 merapu ngan bebudak...fuh!!! best giler layan bebudak ni, terutama yang hat tahap satu. Depa akan cita semua apa yg berlaku sama ada di rumah atau di mana saja. Tak ada sensor...segala rahsia dikongsi bersama..hehehehe. Bab2 ni memang best! Layan saja la...
Okey la, aku stop dulu la.Tak larat nak taip dah. Jumpa di lain entry...


Selasa, 14 Disember 2010

RENUNGAN BERSAMA

Salam....
 Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya. 

AL- fatihah buat sedara seislam yg telah kembali mengadapNya.....

Tranung Kite - Saat-saat Ketika Seorang Insan Menghadapi Mati

Saat-saat Ketika Seorang Insan Menghadapi Mati

SPA.....SPA....SPA...

Salam...
Lama tak update blog ni... cuti-cuti ni, byk benda nak kena buat..
Baru-baru ni sempat juga pergi terapi kat Sofia'Spa kat Arau....memang best. Lega rasanya!!!
Hilang letih seharian badan ni...
Kawan2 boleh cuba ... selepas mandi spa tu, banyak toksik dibuang!!!! betuiiii...
Thanks Wina and Cikgu Azhar pasai bagi guna percuma.. 'first custumer' n first service....
Paling Best Wina siap chocholate lagi..yum-yum...

KEUNIKAN SPA HIDROTERAPI MEDIK (HYDRPOTHERAPY MEDIC SPA)

oleh Sofia Medic Spa Centre pada pada 15hb Disember 2010 pukul 2.56 pagi

Ia merupakan sistem 3-dalam-1 yang mengabungkan penemuan penyelidikan perubatan alternatif terkini ke dalam hidroterapi tradisional. Ketiga-tiga ciri disenaraikan di bawah dan kegunaan perubatan bagi setiap ciri diterangkan secara ringkas:

1. Ultrasonik. Sistem ini menggabungkan prinsipal yang sama seperti mandian kolam air panas di Jepun. Kolam air panas yang mempunyai ciri teraputik semulajadi memang terkenal dengan penghasilan jutaan buih yang berlanggaran antara satu sama lain dan kemudiannya berpecah. Perpecahan ini menghasilkan gelombang ultrasonik yang menembusi kulit kita. Penyerapan ultrasonik oleh tulang-tulang dalam tubuh kita adalah lebih tinggi berbanding pada daging sebanyak 13%. Penyerapan ini memberi kesan pemanasan dalaman kepada tulang-tulang, menggalakkan penghasilan sumsum tulang, memperbaiki peredaran darah, meningkatkan sistem imun dan membantu menentang pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh masalah peredaran darah yang kurang baik.

2. Ozon & ion-ion negatif. Sistem ini menyedut dan menukarkan udara kepada udara yang kaya dengan ozon sebelum mengepam keluar 46 liter per saat udara tersebut melalui hamparan tenaga. Mandian buih SG2000 seumpama mandi di air terjun yang mana udaranya penuh dengan ion-ion negatif. Ozon telah lama digunakan dalam proses penulenan air, ianya bertindak sebagai agen pembasmi kuman yang lebih berkuasa dari klorin yang lazimnya digunakan di serata dunia untuk menulenkan air. Terapi perubatan menggunakan ozon diiktiraf di Bulgaria, Cuba, Republik Czech, Perancis, German, Israel, Itali, Mexico, Romania dan Rusia. Kini ianya sah digunakan berdasarkan undang-undang di 16 buah negara. Sekurang-kurangnya 12 negeri di USA (AK, AZ, CO, GA, MN, NY, NC, OH, OK, OR, SC and WA) telah mengubal undang-undang untuk memastikan terapi alternatif mudah didapati oleh pengguna.

Menurut buku ’The Ion Effect’, ion-ion negatif berkesan terhadap alahan, asma, catarrh, demam alahan (hay fever), sinus, eczema, lecur, emphysema, dan sebagai gantian kepada ubat penenang. Terdapat penemuan bahawa ion-ion negatif mengimbangkan zat serotonin dalam badan, ini menerangkan mengapa seseorang itu merasa lebih peka, stabil dan bertenaga dengan kehadiran ion-ion negatif. Dr Krenger telah mengenalpasti bahawa pertumbuhan bakteria, staphylococci dan kulat terbantut disebabkan kehadiran ion-ion negatif, yang membawa kepada kesan penyembuhan. Laporan Dr. I. Kombluch melalui ujikaji di Northeastern Hospital dan Frankford Hospital di Philadelphia menunjukkan bahawa 63% pesakit yang menderita demam alahan (hay fever) atau asma bronkial (bronchial asthma) ”telah mengalami sebahagian atau kelegaan sepenuhnya” disebabkan menjalani terapi ion negatif. Kajian Rusia pula mendedahkan bahawa ion positif (bukan ion negatif) yang menyebabkan gangguan pernafasan dan ion-ion negatif meneutralkan ion-ion positif.

3. Sinar Infra Merah. Hamparan tenaga sistem MedicSPA mengandungi sel-sel seramik yang memancarkan Sinar Infra Merah. Kepanasan air meningkatkan kadar pancaran Sinar Infra Merah yang kemudiannya memperbaiki kualiti air. Sinar Infra Merah menembusi jauh ke dalam tubuh badan, secara perlahan menaikkan suhu permukaan badan dan mengaktifkan fungsi utama anggota tubuh:a) Sinar Infra Merah mengembangkan kapilari darah seterusnya mengalakkan peningkatan pengaliran darah, regenerasi, kitaran bendalir dan penambahan oksigen.b) Sinar Infra Merah sangat baik untuk penyahtoksifikasi. Dalam penggunaan Sinar Infra Merah untuk merawat saluran kapilari tersumbat, haba mengembangkan kapilari dan memulakan proses pelarutan toksik yang tersembunyi.c) Sinar Infra Merah merangsang aktiviti enzim dan metabolisma.d) Sinar Infra Merah menggalakkan pemusnahan kebanyakkan patogen (penyebab penyakit) bakteria, virus, kulat dan parasit.e) Sinar Infra Merah menggalakkan pembinaan semula tisu yang tercedera dengan mewujudkan kesan positif ke atas fibroblasts (sel-sel tisu perantara untuk memulihkan kecederaan).f) Sinar Infra Merah menguatkan Sistem Imun dengan merangsang penambahan penghasilan sel-sel darah merah (leukocytes) oleh sumsum tulang dan T-cells oleh timus (thymus).g) Sinar Infra Merah meringankan ketegangan saraf dan merehatkan otot pergerakan saraf (autoneuro) seterusnya membantu tubuh memaksimakan kebolehannya untuk membaikpulih.

Berdasarkan ujikaji yang dikendalikan di Jepun, mandian ultrasonik selama 15 minit (spa peribadi ultrasonik) dapat memberi 5 kebaikan pada tubuh:

1. Pemanasan dalaman;
2. Urutan badan menyeluruh;
3. Pembersihan menyeluruh;
4. Senaman & santai;
5. Pencerahan & pelangsingan.

1. Pemanasan Dalaman
Seperti yang diuji oleh J.P. Industry University, penyerapan ultrasonik dalam tulang ialah 13%, otot 3.3% dan dalam air 0.0022%. Tubuh badan kita mengandungi 66% air, oleh itu ianya boleh ditembusi dan dipanaskan dengan cepat. Sama seperti telur yang direbus di kolam air panas, bahagian kuning telur masak lebih cepat dari bahagian putih telur. Dengan kepanasan 38°C, haba semasa mandian ultrasonik sampai ke tulang dalam kira-kira 10 minit dan meluas hingga ke luar (mandi dalam suhu air normal 42°C mengambil masa 90 minit untuk mencapai kesan yang sama). Rendaman dalam mandian ultrasonik segera memanaskan tubuh dari dalam, meningkatkan kadar metabolisma sama seperti mandian di kolam air panas. Ianya membantu mengembangkan saluran darah, meningkatkan peredaran darah, pembentukan darah dan sel darah (hematopoiesis) serta penentangan terhadap penyakit. Bentuk hidroterapi ini menggalakkan rembesan hormon, menguatkan fungsi reproduktif organ dan meningkatkan kualiti hidup berkeluarga.

2. Urutan Badan Menyeluruh
Ribuan buih-buih kecil bertenaga menekan dan merangsang keseluruhan tubuh setiap saat memberi kesan urutan kepada 320 titik akupuntur diseluruh tubuh. Meringankan ketegangan dan keletihan, merehat dan menstabil, mengurut tulang belakang dan menggalakkan penghasilan sel darah merah, darah putih, dan lain-lain, sama seperti menjalani “akupuntur hidro”. Organ dalaman dirangsang, peredaran darah dan lymph dipermudahkan dan otot-otot direhatkan. Dengan memberi urutan keseluruhan tubuh badan, rawatan ini dapat membakar lemak, menyingkirkan lebihan tisu, mencantikkan payu dara, membentuk tubuh dan menimbulkan perasaan yakin kepada penggunanya.

3. Pembersihan Menyeluruh
Buih-buih bertenaga tinggi membersihkan 1.5 juta kapilari di kulit, memberi khasiat yang hebat. Membenarkan tisu kulit bernafas degan baik. Tubuh menjana 0.05 meter persegi kotoran setiap hari. Terapi mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk menanggalkan kotoran berminyak dan penggunaan berterusan selama 1 minggu dapat melengkapkan keseluruhan proses pembersihan.

4. Senaman & Santai
Mandian ultrasonik menghasilkan 10,000~15,000 mikro-getaran per saat (menggunakan tenaga tekanan 1.5kgf/cm2 ke atas kulit), memberi kesan senaman yang lengkap. Pakar percaya kesan mandian ultrasonik selama 15 minit bersamaan larian sejauh 3 hingga 5 km. Senaman pasif yang amat berkesan. Ia juga bertindak sebagai mesin senaman untuk orang-orang yang sentiasa sibuk.

5. Pencerahan & Pelangsingan
Menanggalkan sel-sel kulit mati dan kehadiran ozon membasmi kuman serta mencerahkan kulit. Setiap minit jutaan buih-buih memberikan rawatan kecantikkan yang menyamai piawaian pelangsingan secara profesional kepada setiap inci kulit anda. Setelah menggunakannya selama 15 minit, 300-400 kalori terbakar – cara mudah untuk mendapatkan warna kulit yang lebih cerah dan tubuh yang lebih langsing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...