AHLI PERSATUAN

Sabtu, 30 Oktober 2010

Istimewanya epal hijau

Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Mengubati batuk

BAHAN-BAHAN:
6 helai daun peria
Sedikit kapur sirih

CARA-CARA:
1. Mula-mula, tumbuk daun peria sehingga lumat.
2. Kemudian, campurkan bahan tumbuk dengan sedikit kapur sirih.
3. Sapukan bahan tadi di bahagian dada.
3. Sebaiknya, lakukan sebelum masuk tidur dan anda dapat rasai kesannya pada keesokan hari.

Menyegarkan kulit wajah

BAHAN-BAHAN:

Epal hijau

Air batu


CARA-CARA:

1. Cuci dan potong nipis epal hijau.
2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.
3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.
4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga boleh melicinkan kulit.

MEMBUANG TOKSID

BAHAN-BAHAN:
1 biji epal
Daun saleri

CARA-CARA:
1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

NOTA:
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Jumaat, 29 Oktober 2010

GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif

Semakin hari kini semakin ramai orang yang menghidap penyakit gastrik.
Untuk mengetahui apa dia penyakit gastrik menurut pandangan doktor serta punca, sila rujuk laman berikut http://161.139.39.251/akhbar/health/1996/mm96a06.htm yang dijelaskan oleh DR. AMINUDDIN AHMAD. Berikut adalah antara petikannya::
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .
Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.
Menurut dr Aminuddin lagi:
PUNCA GASTRIK
  • Merokok
  • Meminum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.
Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.
Tambah beliau lagi:
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
  • Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
  • Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
  • Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Pada laman web berikut juga boleh diperolehi maklumat berkaitan penyakit gastrik:: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik5.html
Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.
Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:
Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Mengenang semula penyakit gastrik ini, saya terkenang sejarah permulaan saya berjumpa dengan arwah guru saya kira-kira pada tahun 1985. Pada waktu ini ayah saya yang sudah berusia lewat 50an sedang sakit teruk iaitu ulser perut. Ulser lebih teruk berbanding gastrik. Ayah saya tinggal di Labis, Johor sedangkan saya pula tinggal di Kuala Lumpur. Hendak menjenguk selalu jauh. Alhamdulillah seorang kakak ipar bekerja sebagai staf nurse di Kluang. Beliaulah yang banyak menguruskan ayah saya ini masuk keluar hospital di Segamat (kira-kira 20 batu dari Labis).
Masalah Ulser perut ayah saya tidak selesai walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor dan banyak kali keluar masuk wad di hospital, macam orang muda kata, pi mai pi mai dok tang tu juga. Kakak ipar saya pula selalu memberikan nasihat yang berkaitan.
Dengan izin Allah SWT, pada tahun 1985, saya membawa ayah saya untuk berubat dengan arwah guru saya di Cheras Kuala Lumpur. Itulah pertemuan pertama secara resmi antara saya dengan arwah guru saya.
Selepas banyak bersoal jawab antara arwah guru dan ayah saya, akhirnya arwah menjelaskan nama penyakit tersebut (ulser), punca penyakit dan bagaimana merawatnya. Saya terpaksa mengulang ke rumah arwah tersebut untuk mengambil (membayar) ubatnya beberapa hari kemudian.
Selepas mengamalkan pantang larang dan memakan ubat selama dua bulan sahaja, alhamdulillah penyakit ulser perut ayah saya pulih sehinggalah sekarang.
Selepas hampir sepuluh tahun kemudian, saya pula mengalami penyakit gastrik kerana tidak menjaga waktu makan disebabkan kesibukan kerja yang terlalu teruk, pukul 8.00 pagi hingga lewat malam 5 hari seminggu. Ilmu ini jugalah yang digunakan untuk saya merawat penyakit gastrik yang saya alami. Alhamdulillah sudah sembuh mudah-mudah tidak lagi berulang.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Nak share ke cara buat blog????

Salam utk semua...
Dulu aku ingat susah buat Blog, rupa2nya sangat mudah. Bak kata anak murid aku...kacang jer!!!
Kalau sapa2 rasa berminat nak buat blog baca cara2nya di sini. Klik di sini
Kat sini macam2 ada....
Selamat mencuba....

Jumaat, 22 Oktober 2010

MALAIKAT MAUT : TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki  sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
” Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan
samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, ” sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT  menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian
tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan mereka.
Wallahualam…..

Khamis, 21 Oktober 2010

MINGGU SENI

Salam semua..
Sibuk sungguh Cikgu Liza minggu ni.... Maklumla minggu ni projek under dia. Tapi tak pa kami akan bantu. Salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu membina model bangunan.

Proses pemotongan.


Aikk!! tingginya bangunan. Mesti kukuh sebab guna kotak "KUAT".

Dua bangunan dah didirikan.


Proses pemotongan yang memerlukan KERJASAMA. Rumit tapi menyeronokkan.

Mula2 kita potong bahagian tepi dulu..Nizamudin dan Naim takkan tengok jer..
Eh, banyaknya perabot dalam rumah..



Dua orang guru sedang membimbing kumpulan murid lelaki.          

Aktiviti ini berjaya disiapkan dan dipamerkan pada hari Jumaat. Setiap model telah dinilai oleh juri yang berkelibar...





Minggu Keajaiban Lagi!!

Sepanjang minggu Keajaiban Sains banyak aktiviti yg dilakukan oleh murid... idea aktiviti kebanyakannya aku aplikasikan hasil dari kursus yang aku hadiri dengan Pusat Sains Negara. Aku rasa ilmu ini amat menarik untuk dikongsi bersama. Selain dari mudah aktiviti ini amat menyeronokan. Murid pula dpt menambah pemahaman mereka terhadap konsep Sains dlm kehidupan seharian mereka.

Lihatlah bukti betapa seronoknya belajar Sains... Aktiviti-aktiviti berikut boleh kita lakukan untuk menarik minat murid terhadap sains. Mari kita lihat "Siapa yg Kenaaaa....."


Telur direndam dalam air cuka semalaman.
Aktiviti ini aku dpt idea dr rancangan Backyard Science di Astro. Sekarang ni dah ada versi BM.
Aktiviti ini macam magik la jugak...besi selalunya akan tenggelam...tapi yg ini tidak. Mengapa ya?


Kalau betul caranya letak terus dalam air air pun boleh terapung. Cara yang mudah letak klip kertas di atas cebisan tisu, kemudian pelahan2 tenggelamkan tisu tersebut. Akhir sekali, klip kertas akan terapung di atas permukaan air.

Aktiviti ini dapat membezakan mengapa dalam air biasa telur tenggelam manakala dalam larutan garam pula , telur akan timbul.

Antara hasil aktiviti yang telah dilakukan.Belon mengembang, puting beliung dlm botol, besi terapung, telur terapung dan membuat imbangan.


AKTIVITI MEMBUAT TITIK KESEIMBANGAN BAHAN.

Cara-cara mencari titik kesimbanganan sesuatu bahan.


Tekun...mencuba dengan penuh minat dan semangat!

Untuk membuat rubber egg, telur perlu direndamkan ke dalam air cuka semalaman.


Akhirnya... aktiviti ini dapat dilakukan dengan jayanya. Bravo2X!!

Bestnyer....lepaih ni tak payah beli mainan dah la...


Biaq cikgu uji dulu....ok, lulus!!


Pandainya anak2 muridku buat...lepaih ni ambik sorang satu..
Banyak aktiviti yang hendak dibuat tapi masa tidak mengizinkan... walau bagaimanapun, semua aktiviti ini memang menyeronokkan dan berjaya menarik minat anak2 muridku. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan datang ke sekolah walaupun selepas UPSR. 

Kesimpulannya, minggu Keajaiban Sains berjaya mencapai objektifnya.Tahniah kepada semua yang terlibat.




Selasa, 19 Oktober 2010

IBU SEORANG PEMBOHONG....

Salam utk semua....

Catatan ini sekadar utk dikongsi bersama...sekurang2nya dapat menyedarkan diri ini dan pembaca yg lain...moga-moga kita sempat berbuat baik utk ibu kita.(jika masih ada)

Daripada cerita seorang insan:
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

 Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

 Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

 Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

 Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

 Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

 Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

 Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

 Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

 Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

RESEPI SIMPLe TAPI SeDap

Roti Goreng Sardin

3:13 pm in Kuih Muih by haira

Bahan2
Roti gardenia
Sardin
Sedikti bancuhan tepung
Minyak utk goreng

Cara2
Potong tepi roti n gelek roti hingga leper.
Masukkn sardin + mayonis / sebarang inti yg anda suka.
Gulung n lekatkan tghnya dgn bancuhan tepung jagung
Untuk klim tepi, tekan dgn garpu..
Goreng dlm minyak hingga kekuningan
Resepi dr Azie Mazidah

KeiStiMeWaaN WaNita..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).
10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasa nya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

KeNaPa KaMU Di SiNi..??

"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"

APABILA....

Apabila..

Mungkin kita terleka dalam situasi berikut..
Apabila pena terlepas dari genggaman ucapan " Oppss" mendahului kalimah " Ya Allah “..
 Apabila kenyang ucapan " huh kenyangnya " mengatasi kalimah " Alhamdulillah”.. 
Apabila diri terpegun dengan keindahan alam ucapan " owh... cantiknya " mendahului kalimah " Subhanallah ".. 
Apabila kita dikunjungi berita malang ucapan " kasihannya " terucapa kerana lupa dengan kalimah " Innalillahhi WainnaIlaihi Rajiun.." 
Kadang kala kita terlupa,kadang kala kita terleka kerana terbiasa   
tapi ingatlah bila Izrail menjemput kita,
biarlah kalimah "Lailahaillallah "  mengatasi segalanya..
kerana Hidup adalah InsyaAllah tp mati itu PASTI..

7 PaHaLa YaNG DaPat DiNiKMAti SeLePaS Mati..

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:
1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya;
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya;
3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya;
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya;
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung;
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya; dan juga
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya (anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri).

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda ; "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:-
1) sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah);
2) ilmu yang berguna dan diamalkan;( ilmu yang bermanafaat) dan juga
3) anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."( Doa anak yang soleh)

Isnin, 18 Oktober 2010

INGIN TAHU???

Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir



PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Bernama

Sumber: Sabahan


Ini pula senarai pengguna yang telah mencuba minyak masak sebagai minyak pelincir kereta

1.
Nama : Pakwan
Kereta: Honda City
Minyak Masak Cap : Saji


2.
Nama : ExAvantz
Kereta: Alfa Romeo 2.5 v6
Minyak Masak Cap : Minyak Saji

3.
Nama : ExAvantz
Kereta: Alfa Romeo 1.7 Boxer
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit

4.
Nama : ExAvantz
Kereta: Waja Campro 1.6
Minyak Masak Cap : Minyak Seri Murni

5.
Nama : ExAvantz
Kereta: Skuter Suzuki VS125
Minyak Masak Cap : Minyak Saji

6.
nama : amaar
Kereta : chevrolete optra 1.6
Minyak Masak Cap : Seri murni ( 2000KM )

7.
nama : fariq
Kereta : wira injection 1.3
Minyak Masak Cap : Seri murni 50% ( 300K )

8.
nama : Moolaswiss
Kereta : Iswara Aeroback 1.3
Minyak Masak Cap : Seri murni
oil treatment ; STP


9.
nama : 12daily_pro
Kereta : Honda EK 1.6 Vtec Single Cam
Minyak Masak Cap : Seri murni

10.
nama: hydroxy
kereta :Honda EG si
Minyak masak :seri murni

11.
nama: zainul9
keta: saga megavalve 1.5
myk: seri murni, 2x punyulingan (dh hampir 2000km)
oil treatment: stop oil

12.
nama: esey
kereta: satria 1.6
minyak masak: Vesawit RACING!!!
oil treatment: bardhal 2

13.
nama: fariq
motosikal: modenas kriss 100
minyak masak: seri murni
oil treatment : tak de guna apa2 pun.

14.
nama: nazhif
kereta: waja evo
minyak masak: SAJI
oil treatment: stop oil


15.
nama: manizaj
kereta: Naza Citra
minyak masak: SAJI
oil treatment: Bardhal No 1(yg lmbut)

16.
nama: pak itam
kereta: saga orient
minyak masak: SAJI
oil treatment: stp cair

17.
namaak itam
kereta:wira
minyak masak: SAJI
oil treatment: stp pekat.....

18.
Nama : Sue
Kereta : Vios 2008
Minyak masak : Saji
Oil Treatment : NASA

19.
nama: hangkebun
kereta: Savvy
minyak masak: vesawit
oil treatment: ntah dah lupa(apa Race ntah)RM 18

20.
Nama: naj2921
kerete: Kelisa
minyak masak : Vesawit
Oil treatment: TIADA

21.
Nama : orazly
kerete : waja auto
minyak masak : saji
oil treatment : TIADA (baru test tanpa oil camne)


22.
Nama : buffet2
kereta: proton saga 1.3 01
minyak masak : seri murni (50%)
oil treatment : ada

23.
Nama : papat
motor: Yamaha 135 LC
minyak masak : Vesawit
oil treatment : stp

24.
nama : hantamsajala
kereta: tiara 1.0 1996
minyak masak ; peket (100%)
oil treatment ; tak taruk
dah sebulan lebih... enjin senyap... power... vroom dan sejuk je,,

25.
nama : hantamsajala
kereta: fiat brava 1.6
minyak masak ; peket (100%)
oil treatment ; tak taruk

26.
nama : rezekey
kereta: perodua rusa 1.6
minyak masak ; seri murni
oil treatment ; nasa

27.
nama : emkayzack
kereta : kelisa 1.0 (a)
minyak masak : seri murni

28.
nama : moolaswiss
Motor : Honda Wave 100R
minyak masak : Saji
oil treatment ; N/A

29.
nama : waza
Motor : Honda Wave
minyak masak : Seri Murni
oil treatment ; N/A

30.
Nama : 350Z 8877
Kereta: Toyota Hilux 2.5D
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit
oil treatment

31.
Nama : 350Z 8877
Kereta: Waja 1.6
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit
oil treatment

32.
Nama : 350Z 8877
Kereta: Perdana V6
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit
oil treatment

Sumber: Ex Avantz's Blog

Agak konfiden juga bila membaca testimoni yang diberikan. Apa kata kita cuba sama-sama. Perbelanjaan yang lebih murah.

Ahad, 17 Oktober 2010

MARI KITA AMALKAN

7 kalimah yang perlu dihafal & diucap

oleh Islamic Glory pada pada 11hb Mac 2010 pukul 1.45 pagi
Barangsiapa yg hafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah & malaikat & akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap2 kali hendak melakukan sesuatu.

2. alhamdulliah :pada tiap2 habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullahhal azim :jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk.

4. insyaallah :jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. innalillah :jika menghadapi musibah/melihat kematian.

7. laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang & malam sebanyak-
banyaknya. Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yg terpilih oleh Allah.

"siapa yg menyampaikan satu ilmu & orang yg mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Sabtu, 16 Oktober 2010

RENUNGAN BERSAMA

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

BACALAH YASIN

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

POWER TAK MENJADI

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah
kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan
selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit
firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas,
dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak
seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia
bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap. Bos
tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2
PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham,
sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami
maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula
ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja
disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

Anak Cina Kalau ditanya..lawakla..

Anak cina di Tanya…

Atuk apa nama? Quat Ngo Rat
Mama apa nama? Quat Ley Ter
Bapa apa nama? Quat Ray Sing
Abang apa nama? Quat Ley Park
Tuu.. yang depan PC tu? Quat Ken Tut!

kah3 Very Happy ..lawak btol

LAWAK LAGI









lawak yg mmg lawak

Post by hazman on Tue Dec 30, 2008 10:01 pm
PUKUL BERAPA BUKA?
Pada
suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering."Pukul
berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian
bertanya."Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon
saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi."Tak boleh buka awal
lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa."TIDAK, tidak
akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang
tinggi."Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul
9 pagi untuk masuk?"."Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu
kesal,"SAYA MAU KELUAR!"

Jumaat, 15 Oktober 2010

Gambar Kad Kahwin Angkasawan Syeikh Muzzaffar Shukor,Gambar Pra-Perkahwinannya dan kisah Percintaan mereka | Sensasi

Gambar Kad Kahwin Angkasawan Syeikh Muzzaffar Shukor,Gambar Pra-Perkahwinannya dan kisah Percintaan mereka | Sensasi

Cara Kenal pasti PC atau Laptop korang Jantan atau betina | Sensasi

Cara Kenal pasti PC atau Laptop korang Jantan atau betina | Sensasi

Facebook (68) | Foto Mohd Rizal Rosli Putra - Apa ku tahu.. ku sampaikan...

Facebook (68) | Foto Mohd Rizal Rosli Putra - Apa ku tahu.. ku sampaikan...

Memadaikah Penjara 7 Tahun Untuk Pembakar Dan Pembuang Abu Mayat Sosilawati?

Memadaikah Penjara 7 Tahun Untuk Pembakar Dan Pembuang Abu Mayat Sosilawati?

MIMPI SENJA: Kes Sosilawati : Tertuduh mohon maaf pada keluarga Sosilawati dan rakyat Msia

MIMPI SENJA: Kes Sosilawati : Tertuduh mohon maaf pada keluarga Sosilawati dan rakyat Msia

ISU SEMASA

sultan johor derma 8 harley davidson kat PDRM!!! aku nak sebijik!!

Isnin Oktober 11, 2010

Sultan Johor Kurnia Harley Davidson, Kenderaan Lain Bernilai RM5.5j Kepada PDRM

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan yang terdiri daripada dua kereta Proton Perdana, sembilan kereta keluaran Australia, Holden, selain lapan motosikal Harley Davidson itu dikurniakan baginda untuk kegunaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor.

Beliau berkata, kenderaan itu juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor.

"Tuanku begitu prihatin terhadap soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya kepada seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan,” katanya semasa berucap di Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini. - BERNAMA





Empat daripada lapan buah motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson
didermakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar
kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, S hari ini.
Sultan Johor berkenan menyempurnakan Majlis Derma Kurnia Motosikal
dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia melibatkan lapan buah motosikal
berkuasa tinggi dan enam buah kereta jenama Holden buatan Australia
telah didermakan kepada PDRM


aku kalu dapat sebijik HD nih.... mmg tak pandang kiri kanan dah!!!!

p/s  tingat citer wild hog ker aper ker... yg travolta main tu last year... 4 rakan travel ngan HD!!! funneh gak citer tu!!

TRIBUTE TO MY STUDENT..

Selesai sudah tanggungjawab membimbing murid tahun 6 untuk UPSR..
Harapan dan doa semua akan berjaya dalam UPSR...Amin..
Kenangan Bersama...

SLIDE pertama aku...

PANTAU

PANTAU

Singing Box.com v1.0 | cPanel

Singing Box.com v1.0 | cPanel

Khamis, 14 Oktober 2010

WARNA-WARNI SK CHANGKAT JAWI

SALAM UNTUK SEMUA...

Rumahku Syurgaku....

Tapi di sini Sekolahku Syurgaku...
Hubungan Kami macam keluarga...
Tak pecaya tengok la gambar2 kami ini...

Tengok betapa gembiranya KAMI... berita apala yang lawak sgt tuh.... Semua tersengih...bahagia-bahagia!!


kawan adjust camera pun. kawan sebelah tersenyum... tikus baiki labu kot..hihi

Tak apa biaq saya tolong..... ish2!! Anak sapa la nih. Baik sungguh. Tolong menolong amalan KAMI. Ju dan Liza...
Dua orang guru BM sedang bergading tenaga.... KERJASAMA! Guru pakar merangkap PK HEM sedang memberi kata-kata semangat...
PROGRAM BERSAMAMU THN 6.. guru2 thn 6 pakat2 membimbing murid dlm kump yg kecil... 
Guru Besar Kami....mana lagi nak cari ganti! Turut bersama mendampingi 'Putera Emas SKCJ' Jasamu dikenang En.Hamid.
Ini dua org adik beradik lain ibu lain bapak...Cik Shimah..Guru serba boleh....guru muzik,guru bm juga kaunselor...hebat2...jurulatih bola baling negeri lagi... Sorang lagi Teacher Melati...Cikgu yg paling tabah, hampir sembuh sepenuhnya dari Kanser...Tabik springla... dengan semangat M.
Bukti...kuatnya semangat Teacher Melati, walaupun sakit datang jugak memberi ilmu buat anak didik yg akan menghadapi UPSR dibantu oleh Teacher A'yan Sabitah...Bravo M! Bravo A'yan!!!
Alahai, intan payung SKCJ...!!!PK HEM yang banyak memberi dorongan dan semangat buat anak-anak SKCJ..
Makan lagi......Geng AJK makanan ...

Aktiviti hujung2 tahun ni,  banyak yang santai2 jer.. walaupun macam tu...Anak murid KAMI tak lupa. Jangan salah faham pulak. Ini semua gambar masa jamuan dan waktu rehat... P&P tetap seperti biasa yea...

HASIL KERJA ANAKKU ARASH

Anak aku ni minat sungguh melukis dr menggunakan kertas hingga la dgn komputer....

Di sisinya pasti ada kertas dan pensil....

Hasil seni semakin menarik...aku nak simpan....



hasil lukisan guna Paints

KENAPA LEMAH ITU DATANG MENYAPA?

Kenapa lemah itu datang menyapa?
aku mahu percaya Allah punya rahsia
dan lemah itu ada hikmahnya
lemah jangan dibiar selamanya

hati itu begitu mulia
mahu menjadi hamba yang lebih baik
bahagia aku mendengarnya
tuturan ikhlas terpancar dari nurani
yang kembali mahu mencari
jalan kepada Ilahi

dapatkah aku menyuluh jalan
membimbing hati yang mahu kembali?

aku jua punya hati
aku takut untuk gagal
aku takut langkahku mati
kenapa rasa itu hadir dalam diri?
kala kau mahu menyeru pada Ilahi??

kuatkan aku ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

dengan rahmat-Mu Ilahi
tautkanlah hati-hati ini

tetapkan hati ku ya Rabbi
ikhlas untuk-Mu
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.



Cikgu Muzamir

Cikgu Muzamir

Selasa, 12 Oktober 2010

LAWAK JENAKA

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah...... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...