AHLI PERSATUAN

Sabtu, 26 Februari 2011

BIAR KALAH SUKAN JANGAN KALAH MAKAN???

Tu diaaaa...tajuk entri kali ni macam bunyi frust saja...Ha, memang la frust pasai taun ni SKCJ kalah banyak lawan olahraga kawasan ( 23 & 24/2/11 )...huhuhu. Nak teryak ayaq mata mineral pun dah tak guna... budak- budak banyak yang saiz S dan M saja.... makanya kaki2 mereka pun pendek2 belaka... 3 langkah depa bersamaan 1 langkah budak sekolah Sanglang atau Serdang. Itu untuk acara lari rumah... Asyik dok pajak nombor dua last saja...Nampak gaya waktu lari penuh dengan setail dan keunggulan...namun apakan daya..terimala hakikat enjin kuasa tenok tak mampu menandingi enjin kuasa kudo... Kalau masuk acara lompat tinggi pulak jadi acara melompat katak..Tapi itu semua bukan salah ibu yang mengandung, kurang latihan dan skill lompatan yang tak berapa kena kot . Agaknya ler...

**********************

Apapun SKCJ tetap boleh berbangga dengan dua pingat emas 24k sumbangan 2 orang atlet bina badan harapan bangsa yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam acara lontaq peluru lelaki b12 dan perempuan b12.


Tapi yang lebih bangga mak pak budak-budak ni la...sebab kedua-dua atlet tersebut mai dari ibu dan bapak yang sama. Senang cerita dua beradik la... agaknya mak dan bapak depa dulu pun wakil lontaq peluru jugak apa? Kalau tengok kepada saiz tu...memang keturunan baka baik-baik belaka...Tak macam aku, saiz ayam katik ( comel apa? up diri seniri...hahaha) dulu masa sekolah dan kat kolej depa panggil aku bongsai...hampehh betoi. Bonsai gemuk pendek...aku mana ada!!! Sebongsai2 and sekatik2 aku, aku atlet sekolah and kolej tauuuu...kalau habaq acara lagi hampa semua tak pecaya. Malas nak cerita aih...1.60m kira tinggi la tu... Eh..dah terhabaq pun.. Sekali tu jer la aku dapat pinggat. Masa tu aku dalam form 3.. itu semua dah jadi sejarah selam silam.

************************

Yang kalah dah tetap kalah...cuma ada satu yang tak kalah kalau masuk ke padang. Tapi hat ni tak termasuk dalam kategori acara budak. Yang ni acara khas untuk kaum cheqhegu setiap sekolah. Kalau tengok dalam khemah budak-budak, yang pasti dan semestinya wajibla, para cheqhegu dok berhidang lawan makan.

Macam-macam menu ada disediakan. Yang bestnya semua menu tu kurang menyihatkan. Ada sekolah yang ramai cheqhegu tu, dah macam kenduri kesyukuran pun ada... budak-budak tengok pun naik heran...Mai sukan ka mai makan kenduri. Ah! tak kisahlah. Yang syoknya pelbagai juadah disediakan . Macam nak berbuka posa la pulak. masuk waktu saja semua dok bersila menjamu selera sambil berbual mesra.Maklumla dapat makan free. Masa ni la...nak tayang kemesraan cikgu antara sekolah. Maka pakat lawan bergelak terbahak2...lambang kebahagian...naik senak perut gelak bercampuq dengan senak perut makan cicah garam belacan sama rasa saja. Yang lecehnya...takdan nak perabih garam belacan dah nak kena panggil sambung tugas bagi hadiah.

**********************
Dengan jari-jemari beraroma belacan kami pun melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Kalau budak-budak tercium tangan mau termuntah depa...hihihi...bukan selalu boleh buat macam ni...

*******************

Cukupla sampai takat ni. Tahniahlah kepada sekolah yang berjaya...See You, next year!!!. Tahun depan SKCJ kasi GEGARRRR!!!! ( lontaq peluru lagi...)
jumpa lagi dilain entri...Tata....
Assalamualaikum.-

Isnin, 14 Februari 2011

TERIMA KASIH











SENI MAMAT - PART B





HASIL KARYA SENI ANAK - PART A

ASsalamualaikum ....

Hai...malam ni rasa lapang sangat... apa lagi komputer tak dak pelanggan setia..
Ni la masanya aku nak senaman jemari... Lama tak layan blog nih...
Selalunya komputer ni sentiasa ada penunggu...Kalau tak Encik abah, Cik Kakak yang guna buat kerja sekolah, tu pun jenuh berebut dengan adik-adiknya yang sibuk melayan game. Si Mamat memang hantu games...Sekali Puan Emak naik hangging, baru dia berenti...sampai demam2 . Tu baru orang kata demam main game. Kesian pulak tengok...

Dalam diam-diam bukan setakat main games , rupa2nya...rajin pulak Si Mamat ni dok melukis... mari kita layan hasil seninya...

HASIL SENI MOHAMAD ARASH ABQARI...








Entah hapa2 la ayat dan bahasa yang dia gunakan...marah betoi cikgu BM dia nanti...
Tu semua bahasa yang dia boleh hasil dari pengalaman bermain game dan melangut tengok katun CN... layannnnn....

PETUA VS FAKTA SAINS

Salam maulidur rasul...

Cuaca Panas2 gini...dok nampak molekul ayaq jer...dapat pulak telan ayaq sejuk ...perghhh!!!! legaaa rasanya. Rasa macam dok di tanah tandus pulak. Tu dia keajaiban dan nikmat yang Tuhan bagi... jangan kita dok mengeluh terima la dengan reda..

Kalau musim panas...kita pakat2 jemuq ikan kering,
Kalau musim hujan....kita pakat2 tahan ayaq hujan,
Kalau musim angin....kita pakat2 main wau...hahaha... semuanya ada hikmah tertentu..

Nak masuk entry ni...semua tau...ayaq tu maha penting...mukalau tak dak elektrik tak pa lagi..tapi kalau tak dak ayaq... gelabah satu kampung...( macam kawan kita kat kampung Kebun Arau- tengah putus bekalan ayaq) Kesian depa...Kenangan masa kat Teluk Tempenyok masih kekal diingatan...tak pernah dibuat orang pi kursus jauh2..bekalan ayaq pulak tak dak..Walaupun menyiksakan tapi cukup manis bila diingat kembali. Hat ni kena buat entry khas. Banyak sangat nak di cerita...tunggu aku akan upload gambar kenangan teringdah di Teluk Tempoyak Penang di lain entry...

Nak tau lebih lanjut lagi tentang kehebatan ayaq, meh baca artikel ni...
Selamat menimba 'telaga' ilmu.

Rahsia Ais dan Air Sejuk

* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

* Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

* Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

* Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

* Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.



* Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

* Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

* Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

* Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

* Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

* Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

* Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.

* Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yang mana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.

* Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

* Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

* Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

* Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

* Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

* Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

* Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Sabtu, 12 Februari 2011

MUTIARA KATA UNTUK RENUNGAN

Jangan berbangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal, kerana pakaian terakhir kita nanti ialah kain kapan.

Jangan berbangga dan berlagak sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita ialah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana kerana rumah terakhir kita nanti ialah kubur bertiang dua.

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kerana apabila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran al-marhum.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak dan cantik kerana apabila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak dan dimakan cacing.

INTERLOK!!

Assalamualaikum w.r.t...
Akhirnya selesai juga masalah KOMSAS ini...tapi sejarah telah diubah suai...apa guna dibuat macam tu..
hai tak tau la..lama-lama sejarah akan menjadi sekadar kisah dongeng yang amat sensitif bila di sentuh...
Hal ini juga mendapat komen mantan PM kita dlm akhbaq... sama -sama kita renungkan bila selesai baca artikel ini..





Siapa yang menyangka bahawa Interlok, salah satu hasil sastera hebat Malaysia, boleh dicemuh, dibakar dan wajah foto pengarangnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain hangus. Orang itu pula sekelompok masyarakat yang tidak memahami erti sebuah karya sastera, tidak membaca teks berkenaan dan mungkin kerana ada agenda politik tertentu, maka mereka tergamak bertindak liar sedemikian.

Memanglah, kerja membakar sesebuah karya, baik karya apa pun, sama ada teks sastera, agama, falsafah atau pemikiran lain adalah kerja orang-orang yang biadab, tiada adat dan di luar tamadun kemanusiaan. Akibat kandungan dan semangatnya tidak difahami secara keseluruhan, maka orang yang buta budaya dan hakikat sejarah begitu tidak akan malu untuk bertindak lebih jauh lagi, hatta kepada bidang-bidang lain pula.

Bagi saya, kerajaan ‘jangan ketar dagu’. Maknanya kerajaan jangan bimbang dalam debar dan ragu, terpengaruh dengan sikap, tabiat dan pandangan serong segelintir warga Malaysia seperti itu yang kebetulannya keturunan India. Saya mempunyai ramai penulis, sasterawan dan sarjana pengajian India, tetapi sejauh bergaul dengan mereka sekian lama, tidak pernah timbul sebarang isu mengenai Interlok.

Interlok sudah berusia lebih 40 tahun dan sejak diterbitkan tidak pernah timbul bantahan. Benar, kalau dikatakan Interlok adalah sebuah karya sastera. Juga benar, jika kita mahu melihat perkembangan sejarah Malaysia sejak ratusan tahun yang lalu berdasarkan fakta sejarah dan kebudayaan.

Interlok telah ditulis indah melalui proses kreatif seorang sasterawan negara yang bijaksana. Jangan sekali-kali kita, bangsa Malaysia, mudah terikut-ikut dengan emosi yang kini sedang menyerang kelemahan pemikiran rasional. Ada puak-puak tertentu sekarang merujuk segala sesuatu atas dasar perkauman semata-mata.

Peristiwa ‘tunjuk perangai’ sekumpulan 100 penduduk kaum India di hadapan Dewan Sentosa (MPK) Kelang pada 8 Januari 2011 telah mencoretkan tanda hitam dalam persuratan bangsa Malaysia. Kerajaan perlu menegakkan ‘berani kerana benar’ seperti keberanian penulis Interlok itu sendiri. Kerajaan kena bertegas. Apakah perlu ditakutkan sebab takut itu tandanya diri terikut-ikut kepada pemikiran sempit tanpa bersandarkan ilmu dan fakta.

Saya sendiri mengenali Abdullah Hussain sejak lama. Malahan kejujuran intelektual beliau dan beberapa orang sasterawan dan penulis tanah air yang lain jangan dipandang mudah atau diperlekehkan akibat ikutan kepada kelompok orang yang tidak berilmu.

Abdullah Hussain mempunyai keikhlasan yang tinggi melalui hasil-hasil karya beliau, tidak sepadan dengan gelaran sasterawan bodoh. Satu persatu penghinaan sedang menimpa peradaban bangsa kita sekarang ini. Malahan jika dikaji novel Imam, rujukan lengkap telah Abdullah lakukan, menterjemahkan pengalaman, kesimpulan dan pemikiran tentang konflik dan dilema dalam kehidupan masyarakat Melayu atau umat Islam serantau.

Dunia telah tahu bahawa agama dan tradisi budaya India itu amat rigid sekali. Ini adalah fakta. Jika di India sering terjadi konflik dalaman agama dan budaya mereka, maka kesan psikologi dari sistem kasta India itu sentiasa timbul. Sistem kasta dengan pembahagian strata sosial berasaskan pembahagian seawal kelahiran seseorang manusia dengan Brahmin, Ksyatriya, Vasya dan Sudra tidak dapat terelak lagi.

Malahan istilah parya itu wujud disebabkan ada golongan yang tidak diterima oleh mana-mana golongan tadi. Mereka tergolong sebagai untouchable group, tidak dapat dipegang, disentuh atau masuk ke dalam kategori. Di bawah sistem begitu mobiliti sosial tidak terjadi dengan bebas, maknanya seorang parya itu akan tetap kekal parya. Mereka tidak akan dibenarkan mendaki puncak kehidupannya, hatta cemerlang dalam pendidikan sekalipun. Kastanya akan kekal.

Senario di atas itulah yang cuba dibezakan dan mahu dibandingkan antara negara Malaysia, asalnya Tanah Melayu, berbanding dengan tanah air asal orang keturunan India. Abdullah Hussain tidak sekali-kali menghina, apalagi memandang rendah kepada kaum lain. Kerja tidak matang atau tunjuk perangai itu adalah kerja orang terburu-buru dan kerja budak-budak.

Cubalah fahami bahawa sikap orang Melayu yang sentiasa terbuka – ada prinsip penerimaan, bukan sekadar bertolak ansur dan akomodatif – sudah dibuktikan sejarah sejak ribuan tahun. Jadi sungguh melampau perbuatan melabel dan mengesyorkan karya besar seorang sasterawan negara dibuang mudah akibat tidak celik budaya dan buta sejarah. Rakyat Malaysia sedang menyaksikan agenda politik bagi meraih sokongan kaum India dalam banyak perkara.

Kisah Maniam, watak seorang India dari India Selatan itu adalah pengalaman silam yang boleh dikatakan dilalui setiap orang India. Mereka menjadi perantau dan ternyata apabila memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezeki dan tanah baru kediaman, perbezaannya jauh sekali. Di Malaysia, sistem masyarakat induknya tidak ada kasta dan kasta tidak berfungsi di kalangan keturunan mereka sendiri.

Di Malaysia sesiapa pun bebas cari makan, asalkan berikrar setia kepada satu bangsa dan satu negara. Mereka bebas ke mana-mana, hatta bercampur gaul dengan sesiapa jua, termasuk mereka keturunan yang sama dan berada di kasta tertinggi sistem keagamaan Hindu itu. Itulah sistem sosial Malaysia yang mesti difahami semua. Malaysia juga tidak mengamalkan politik kasta.

Interlok sama sekali tidak menghina kaum India. Jadi, kerajaan dan Kementerian Pelajaran mesti menerima hakikatnya. Belajarlah untuk berpegang kepada ‘takut kerana salah, berani kerana benar’, dan jangan ‘ketar dagu’ untuk mempertahankan sesuatu kebenaran demi ilmu dan peradaban.

Apa yang dikatakan isu sensitif itu pun tidak sensitif sekiranya dibaca dalam konteksnya. Jika Interlok ditarik balik, maka seolah-olah kerajaan menarik keputusan yang sudah ditimbang terima selepas kajian dan usulan asal perakuan pasukan kajian teks sastera yang memperakukannya. Sikap demikian akan hanya menggambarkan kelemahan pendirian.

Kita mahu mendidik anak bangsa agar tahu sejarah, sahsiah diri dan menghayati sastera, maka selama itulah kita tidak akan cuba memahami persoalan rentas budaya. Babak lama pemisahan akan kekal dan terus menerus akan melebarkan jarak kefahaman tanpa memberikan fakta yang tepat. Pemisahan pula akan hanya merenggangkan lagi hubungan kaum. Prinsip penerimaan adalah salah satu prinsip gagasan 1Malaysia selain menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara serta keadilan sosial.

Pada saya kerajaan tidak perlu menubuhkan pasukan pengkaji untuk menilai semula teks Interlok ini atau dibuat perubahan kandungannya. Pandangan badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan bahasa dan sastera, ilmuan persuratan dan tokoh-tokoh sarjana sehingga ini sudah cukup untuk Kementerian bekalkan masukan pandangan kepada Jemaah Menteri.

Kerajaan tidak perlu membuang masa, tenaga dan kos disebabkan segelintir pandangan yang bersifat emosional kerana semuanya bukan kritikan yang membina. Rupa-rupanya di Malaysia sekarang, apa sahaja atau segala sesuatu itu sangat nyata mahu dipolitikkan, walhal politik tidak segala-galanya.

Semua orang hendaklah kembali kepada ilmu dan tradisi keilmuan, bukan bertindak menyalakan api perkauman. Apa sahaja kenyataan perlu diperjelaskan dan sangat tidak bijak seandainya Interlok yang mendukungi tema perpaduan dan kesatuan bangsa Malaysia itu dinyahkan disebabkan kita dipengaruhi kejahilan ilmu yang dibawa orang yang tidak bertanggung jawab.

DATUK A AZIZ DERAMAN

Bekas Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Kota Bharu, Kelantan
‘Dusta jika anggap Interlok tidak baik’
Posted: January 12, 2011 by lamanbahasa in UMUM
0

Utusan Malaysia (12 Januari 2010)

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Pihak yang mendakwa kandungan dalam novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain sebagai berniat tidak baik, sebenarnya berdusta kepada orang ramai.

Penulis tersohor tanah air, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkata, novel itu secara keseluruhannya adalah wacana pemikiran besar mengenai pembinaan satu bangsa yang disampaikan oleh pengarangnya secara kreatif dan halus.

Pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menambah, dalam menilai sesebuah naskah karya, apa yang perlu diperhatikan oleh khalayak pembaca adalah pemikiran induk di dalamnya kerana itulah hasrat sebenar yang cuba disampaikan oleh pengarang.

Hal-hal lain kata beliau, seperti dialog atau imaginasi watak-watak di dalamnya hanyalah berfungsi sebagai pelengkap kepada wacana pemikiran induk tersebut.

”Bagi saya pemikiran induk di dalam karya Interlok adalah sangat luar biasa dan tiada siapa yang boleh menafikan hakikat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai polemik buku berjudul Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera (Komsas) dalam Bahasa Melayu tingkatan lima bermula tahun ini.

Mengulas tindakan membakar novel Interlok itu, Swee Tin berkata, perbuatan tersebut langsung tidak mencerminkan kesantunan cara hidup rakyat di negara ini dan tidak wajar dibudayakan.

Sebaliknya kata beliau, pihak yang bertelagah pendapat seharusnya menyelesaikannya dengan lebih ilmiah termasuk di meja rundingan dan perlu objektif dalam menerima pandangan bertentangan mengenainya.

”Pemilihan novel Interlok adalah hasrat murni kerajaan dalam mendedahkan kesusasteraan kepada pelajar untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi mempunyai jati diri yang kukuh,” kata beliau.

Begitupun di sebalik kemelut mengenai novel itu, Swee Tin lebih berminat melihat dari sudut positif yang mana katanya, masyarakat mula memberi perhatian dan menaruh minat tinggi terhadap karya sastera negara.

Perkara itu tambah beliau, adalah sesuatu yang jarang berlaku apatah lagi untuk sesebuah karya tersebut diperkatakan oleh masyarakat daripada pelbagai kaum.

Sementara itu, Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein berkata, kemelut mengenai isu novel Interlok sudah terkeluar daripada perbincangan asal apabila ia lebih menjurus kepada kepentingan politik.

”Novel ini tidak sepatutnya menjadi pertikaian hari ini kerana ia merupakan sebuah karya yang dihasilkan lebih 40 tahun lalu,” katanya.

Ditanya pandangan beliau sekiranya bahagian di dalam buku itu yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman digugurkan, Ismail berkata, perkara tersebut menyentuh prinsip yang sensitif dalam berkarya.

Begitupun katanya, dalam menimbangkan perkara itu, perkataan-perkataan yang membawa maksud penghinaan dalam bahasa lain juga perlu diberi perhatian yang serupa.

Bagaimanapun, novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan menyentuh mengenai sensitiviti perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 penduduk India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru-baru ini.

Sabtu, 5 Februari 2011

SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi Vs Sekolah Bangunan Tinggi

Salam..

Lamanya tak update blog... bukan malas tapi tekanan kerja yg semakin menimbun.
Buka saja diari 2011, macam benda baru kena buat....erm...tahun baru, cabaran pun baru. Tak lama lagi bangunan baru pulak dah nak siap.. Sejak 15 tahun dok ulang -alik mengajaq SKCJ , ini la.... baru nampak perubahan dr segi pembangunan fizikal kawasan sekolah.

Baru nampak sekolah dr jauh... kalau tidak pelawat yg nak mai sini asyik sesat jer..maklum la sekolah kecil luar bandar pulak tu..


Tapi kalau yang sesat tu Nazir ..hihihi...semua pakat syok....lambat sampai , banyak masa cheqhegu di sini nak bersedia. Bukan kami tak bersedia...tapi biasala..kalau sebut jer Nazir nak mai, semua pakat gabrah. Mengajaq macam biasa jer..cuma mental saja yang dok kacau. Maklumla depa ni mai ada saja yg tak kena. Walaupun niat depa tu memang suci lagi murni.Pantang ada kereta plat W.. atau B..masuk semua pakat menjeling dan bertanya....milik siapakah... kereta itu...warna gelap...cermin merelap.....



Sebut pasai Nazir, tahun 2011 ni dlm bulan Januari jer, lebih kurang 3 kali kami menerima pelawat yang bernama Nazir...Rezeki Tahun lepaih melimpah ruah...so tahun ni kami dicalonkan utk sekolah SBT( sek. berpretasi Tinggi). Ingatkan sekolah berbangunan tunggi-walaupun sudah hampir siap... Maka pakat turun la mai tengok utk pastikan SKCJ layak menerima anugerah SBT tu...

Banyak bendala...yang kami semua kena buat....prestasi jatuh NAzir mai tengok, prestasi naik pun depa mai jugak...alamakkk!!! tau aja la...kalau tetamu nak mai takkan nak tunjuk muka saja...hasil kerja pun kena juga huluq. Maka, pakat bersengkang mata la kami semua...siang malam melengkapkan apa yang ada...mengADAkan apa yg tiada...mereka-cipta sesuatu untuk menjual sekolah. Alhamdulillah....
Akhirnya...semua sempat disempurnakan untuk dipersembahkan kepada Para Tetamu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...