AHLI PERSATUAN

Jumaat, 12 November 2010

SEJARAH TERCIPTA!!!

11.11.2010 ( KHAMIS) Tarikh yang tak akan dilupakan oleh seluruh warga SKCJ. Tak kira guru yang mengajar tahun 6 atau tidak, semua tumpang gembira. 6 Orang murid tahun 6 berjaya mendapat keputusan 5A.

Debaran menanti keputusan diumumkan...
takut dan berdebar-debar...

penantian suatu penyiksaan...

merenung masa depan... apapun ini adalah suatu permulaan.



Bagi sekolah kecil dan berada di luar bandar seperti kami ini, kejayaan ini tak terucap dengan kata-kata. Gembira, terharu dan bangganya KAMI...
Terima kasih anak muridku kerana kalian telah mengharumkan nama sekolah ini. Kalian berjaya membuktikan SKCJ BOLEH...

Saat yang dinantikan....Penyerahan Slip UPSR..

Dari kiri Anis Sahira Mohd Fakhrulrozi, Nur Fatin Najihah bt Zainal Abidin, Anis Afini Mohd Azam, Nur Insyirah  Rosly, Siti Fathimah Sahamudin dan Nur Hidayati Hambali.

Mereka yang telah melakarkan sejarah buat SKCJ...

Tumpang gembira Cikgu Fuat (PK KO),  Pn. Zaidah (PK 1) dan cikgu Azhar (PK HEM)

Bersama anak dan anak murid... Cikgu Arina ( Anis Sahira), Pn Zaidah ( Nur Insyirah) dan Guru Kelas tahun 6 Cikgu Juliza.

Bersama guru mata pelajaran Cikgu Arina (BM), A'yan Sabitah (BI), Ckg Azhar (BM), Pn. Zaidah PK1, Cikgu Ju ( Mate) dan Cikgu Norharliza (Sains)... Tahniah juga buat semua cikgu!!    
Kegembiraan dikongsi bersama...


Bariasan tenaga pengajar bersama guru-guru yang turut membantu P&P tahun 6.

CANDID!!!!!

Selain guru tahun 6, Kegembiraan turut dikongsi bersama Ustazah Zahura, Ckg Sahrun Bana, Teacher Nik, Ckg Fuat, Ustaz Sapri dan Ckg Mustaffa.  
KEJAYAAN HARI INI KAMI DEDIKASIKAN KHAS BUAT TUAN GURU BESAR (En Hamid Mat) Yang masih menerima rawatan di Hospital Ipoh. Semoga Cepat sembuh dan dapat kembali ke SKCJ.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT DLM P&P MURID TAHUN  6. TAK LUPA JUGA GURU-GURU YANG TURUT MEMBERI SOKONGAN MORAL DAN SEMANGAT KEPADA MURID TAHUN 6 JUGA PEKERJA SKCJ YANG TURUT MENYUMBANGKAN TENAGA UTK MELAKSANAKAN AKTIVITI TAHUN 6.
HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASA BAIK KITA SEMUA...
AMEEN.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...