AHLI PERSATUAN

Jumaat, 12 November 2010

MERAIKAN KEJAYAAN...

SALAM...
Hari ini , hari yang amat sibuk...

800 - 10.00 pagi:
>Majlis Khatam Al Quran Pelajar Tahun 6
>Persiapan Hari Anugerah
> Rehearsal Persembahan

10.00 - 11.00 pagi:
> Jamuan akhir tahun 6
makan besar...

macam-macam ada..

masa untuk makan....

hidangan guru..

terima kasih kepada pemberi sumbangan makanan...

sumbangan kek daripada Kak Wina utk semua mrd Tahun 6.
Gembiranye..Kak Wina!!

Aisey...man!!! atas cukup cun dah.... tengok kaki , selipar jer..Alahai Kak Wina

Intan payung SKCJ...syoknye dapat kek...

Aiii..pakak baik no... sorang tukang isi, lg sorang tukang ikat...
 TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBERI SUMBANGAN MAKANAN BAGI MEMERIAHKAN JAMUAN HARI INI....


11.00-12.00 tgh:
> Raptai Penuh Hari Anugerah Kecemerlangan SKCJ.

SEJARAH TERCIPTA!!!

11.11.2010 ( KHAMIS) Tarikh yang tak akan dilupakan oleh seluruh warga SKCJ. Tak kira guru yang mengajar tahun 6 atau tidak, semua tumpang gembira. 6 Orang murid tahun 6 berjaya mendapat keputusan 5A.

Debaran menanti keputusan diumumkan...
takut dan berdebar-debar...

penantian suatu penyiksaan...

merenung masa depan... apapun ini adalah suatu permulaan.



Bagi sekolah kecil dan berada di luar bandar seperti kami ini, kejayaan ini tak terucap dengan kata-kata. Gembira, terharu dan bangganya KAMI...
Terima kasih anak muridku kerana kalian telah mengharumkan nama sekolah ini. Kalian berjaya membuktikan SKCJ BOLEH...

Saat yang dinantikan....Penyerahan Slip UPSR..

Dari kiri Anis Sahira Mohd Fakhrulrozi, Nur Fatin Najihah bt Zainal Abidin, Anis Afini Mohd Azam, Nur Insyirah  Rosly, Siti Fathimah Sahamudin dan Nur Hidayati Hambali.

Mereka yang telah melakarkan sejarah buat SKCJ...

Tumpang gembira Cikgu Fuat (PK KO),  Pn. Zaidah (PK 1) dan cikgu Azhar (PK HEM)

Bersama anak dan anak murid... Cikgu Arina ( Anis Sahira), Pn Zaidah ( Nur Insyirah) dan Guru Kelas tahun 6 Cikgu Juliza.

Bersama guru mata pelajaran Cikgu Arina (BM), A'yan Sabitah (BI), Ckg Azhar (BM), Pn. Zaidah PK1, Cikgu Ju ( Mate) dan Cikgu Norharliza (Sains)... Tahniah juga buat semua cikgu!!    
Kegembiraan dikongsi bersama...


Bariasan tenaga pengajar bersama guru-guru yang turut membantu P&P tahun 6.

CANDID!!!!!

Selain guru tahun 6, Kegembiraan turut dikongsi bersama Ustazah Zahura, Ckg Sahrun Bana, Teacher Nik, Ckg Fuat, Ustaz Sapri dan Ckg Mustaffa.  
KEJAYAAN HARI INI KAMI DEDIKASIKAN KHAS BUAT TUAN GURU BESAR (En Hamid Mat) Yang masih menerima rawatan di Hospital Ipoh. Semoga Cepat sembuh dan dapat kembali ke SKCJ.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG TERLIBAT DLM P&P MURID TAHUN  6. TAK LUPA JUGA GURU-GURU YANG TURUT MEMBERI SOKONGAN MORAL DAN SEMANGAT KEPADA MURID TAHUN 6 JUGA PEKERJA SKCJ YANG TURUT MENYUMBANGKAN TENAGA UTK MELAKSANAKAN AKTIVITI TAHUN 6.
HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA JASA BAIK KITA SEMUA...
AMEEN.......

Rabu, 3 November 2010

Lima Orang yang dicari oleh 'Huraisy'...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda:
*Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
' Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup


1) 'Panggilan pertama adalah Adzan,
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......


2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

3) 'Dan panggilan ke-3',
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Selasa, 2 November 2010

Mari tengok Banjir di Perlis...

Nak tengok gambar dan video banjir di Perlis...layan di sini
http://www.omaq.org/v3/2010/11/01/koleksi-gambar-banjir-perlis/

BEST NYER!!!

SALAM...
Hari ni  aku ke sekolah....sepatutnya kena pi kursus kat Matrikulasi. Macam mana nak pi Jalan Arau dah ditutup. So, aku amik keputusan ke sekolah lah..
Sampai di sekolah.... hanya ada mangsa banjir yg terperangkap tak boleh balik umah di Arau... Kesianyer...
Malam tadi depa sampai balik dr KL lawatan sekolah...terus bermalam kat sekolah...
Wonderpet datang membantu.....

anak-anak yang terperngkap di sekolah

alahai...dua org ckg yg tak dapat balik Arau... ha, cepat angkat beg!

seronok la tu...nak naik truck polis...

banyak jugak barang yang kena 'sita' yea... ustaz Fathan sedang membantu..


Tengok ...semua seronok... nak naik jugakkk!!!

Yea..yea... boleh naik truck polis... senyum dulu.. baguih zana langkah kaki kanan (Cikgu Nik dan Cikgu Zana)




dengar arahan dr cif espekta Zulkhibri..hehehe

mana lagi geng ni... sorang jadi GB, sorang jd PK...

ini saja antara staf SKCJ yg ada di sekolah pada hari Selasa yg lalu..

SEKITAR BANJIR DI CHANGKAT JAWI DAN TAMBUN TULANG. myHOME tOwN

SALAM BUAT SEMUA....
HARI KEDUA BANJIR....(2/11/10)

PAgi-pagi aku ke sekolah seperti biasa....sampai di sekolah takdak sorang pun budak. sepanjang perjalanan ke sekolah, aku nampak hampir 90% Kg Changkat Jawi bah.. anak muridku berpesta dlm air... patutla semua tak mai sekolah...

Banjir yang semakin buruk melanda negeri Perlis...
Air Sungai Tambun Tulang Melintasi Jalan Tambun Tulang. Aliran air menuju ke arah Sawah bendang dan kg Changkat Jawi.

Antara sungai dan jalan sudah sama paras air... hanya pokok menjadi penanda tepi sungai dan bahu jalan.

Salah sebuah rumah mangsa banjir di Changkat Jawi.

permandangan sawah bendang  dr jalan Changkat Jawi. Melaut....
                                   All their paddy fields have been submerged in water since last Tuesday.


My School SK Changkat Jawi...

My school dr jalan Changkat Jawi..

Salah sebuah rumah anak muridku...Syafiq...

Rumah anak muridku Nasrullah...

Jalan kecil ke Kampung di tenggelami air...

air makin banyak...

bagai itik dapat air...bestnyer!!!

Bagai kambing diajak ke air.....

Anak muridku yang tengah seronok main air... SANGAT BAHAYA!!!!


View dr jalan Telaga Hj LAtiff.

AIr bendang macam air laut.

Lagi rumah anak muridku di Telaga Hj Latiff...Rizduan

Aliran air deras dr sg tambun tulang sedang melintas jalan Tambun Tulang...

Kerja2 membina benteng sg T.Tlg  sedang giat dilalukan oleh sukarelawan...

View di kawasan bendang dr atas jejantas Kg Siam..

Rumah sahabatku Rohaizi juga dinaiki air...




On the way nak balik Bukit tinggi... Jalan Tanjung Kapur( JITRA) jugak terputus.

 


macam laut... bendang di tenggelami air..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...