AHLI PERSATUAN

Khamis, 24 Mac 2011

SELAMAT DALAM KUBUR

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah Dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar Dan Nakir, Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah',supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun Dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

HEBATNYA WANITA DALAM ISLAM

MENGENAI WANITA & KUBUR

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang Yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa" dan



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap Hari dengan 1,000 kebajikan Dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari d osa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur Dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah Dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) Lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapayang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia Dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang Soleh.



12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih Besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula Berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah Panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung Diudara, malaikat di langit, matahari Dan bulan semua beristighfar Baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang Dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup Pintu-pintu neraka Dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari Mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara Perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap Ihsan dalam pergaulan dengan mereka Dan mendidik mereka dengan penuh Rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada Anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka Akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang

Rabu, 2 Mac 2011

Anak sappa la ni..???.

LuCu BenaR...bukan kisah aku...

Diceritakan semula:

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

REHAT MINDA...

Lawak ni aku dah edit...sengaja aku guna nama kawan aku pasai aku yakin dia takkan baca entry ni. Sebab utama dia takkan baca pasai dia takkan reti buka bolg aku nih...maklumla...kelabu asap sikit tentang IT ni... Selalunya dia asyik pekena kami saja..Kali ni aku nak pekena dia pulak...

Umur Tinggal Enam Minggu

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Pa, aku minta maaf, tapi kami mendapati hang menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan hang untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor Wan," Pa menjawab, "Aku rasa sihat, aku tak rasa lebih baik dari tahun ini... ah..tak mungkin aihhh... Tak dak cara ka yang boleh aku lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor Wan berkata, "Ya, hang mungkin boleh ke spa Wina atau ke Spa kesihatan yang baru di hujung jalan ni dan mandi lumpuq setiap hari".

Pa bersemangat dan bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan aku ka?"

"Dak aihhh...," jawab doktor Wan, "tapi itu akan membuatkan hang terbiasa dengan tanah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...